Assalamualaikum
Dalam entry kali ini, tergerak hati saya untuk berkongsi ilmu tentang GST. Ramai yang tertanya2 barang ini ada GST ke barang itu ada GST ke. Ye la iklan yang dalam tv pun cerita kebaikan je.. Okla kawan2 semua saya akan cerita kan serba sedikit tentang GST. Saya xnak bincangkan dari sudut Islam. Sebab cukai
Saya harap ilmu yang saya sampaikan akan memberi manfaat pada rakan-rakan semua.
Q1 Apakah itu GST?
A1 GST ialah cukai barang dan perkhidmatan (goods and services tax). Cukai ini akan mengantikan cukai jualan dan perkidmatan.
Q2 Adakah GST ini akan diberikan pelepasan cukai dan mengantikan cukai pendapatan yang sedia ada?
A2 Tidak. GST dan cukai pendapatan adalah 2 cukai yang berbeza. Cukai pendapatan masih kena bayar dan setakat ini tiada pelepasan cukai diberikan kepada pembayar cukai pendapatan.
Q3 Adakah cukai GST ini dikenakan secara berperingkat? Kalau macam itu banyaklah cukai yang kami kena.
A3 Secara keseluruhannya, cukai GST akan dikenakan secara berperingkat. Bermula dari pengeluar, pemborong, peruncit hinggalah ke pengguna.
Mengikut diagram di atas, setiap cukai yang dikenakan kepada pemborong, pembekal dan peruncit akan dikembalikan semula kepada mereka (tertakluk pada terma dan syarat). Boleh rujuk pada Q4 dan Q8. Jadi pengguna hanya bayar sekali sahaja cukai daripada peruncit sebab kos cukai yang dibayar oleh peruncit tadi boleh dituntut semula dari Kastam. Jadi peruncit tiada alasan untuk menaikkan harga disebabkan GST.
Kalau tengok contoh di atas, syarikat perumahan itu akan mengenakan cukai kepada pelanggan (rakyat) dengan bayaran cukai sebanyak RM3.60. Sebelum syarikat perumahan ini bayar kepada kerajaan (RM3.60), syarikat perumahan tersebut akan tolak cukai (RM3.00) yang telah dibayar kepada pihak kontraktor. Jadi cukai yang perlu dijelaskan kepada kerajaan sebanyak RM0.60 (Duit dari pengguna tadi).
Q4 Berapa jenis cukai yang ada di Malaysia?
A4 Setakat ini ada 4 jenis cukai seperti yang saya senaraikan di bawah:
a) Cukai GST berkadar 6% (Pengeluar boleh tuntut balik cukai)
b) Cukai GST berkadar 0% (Pengeluar boleh tuntut balik cukai)
c) Cukai berkecuali (0%) (Pengeluar tidak boleh tuntut balik cukai)
d) Cukai di luar skop (0%) (Pengeluar tidak boleh tuntut balik cukai)
Q5 Apakah semua barang akan dikenakan cukai?
A5 Kalau tengok tv banyak yang xde tapi betul ke kenyataan tu. Ok secara kesuluruhannya memang banyak barangan yang akan dikenakan cukai kecuali yang disebutkan di bawah:
1) Cukai berkadar 0% = Barang keperluan asas ialah barang yang belum diproses contoh seperti sayur, ikan segar, buah. Kalau barang yang sudah di proses semuanya ada GST kecuali (garam, gula, beras, susu tepung). Kalau tak silap, susu cair ada GST sebab senarainya tiada dalam link dibawah.
Contoh barang yang sudah diproses yang ada GST ialah seperti air mineral. Kalau sebelum ini air mineral xde cukai, tetapi selepas 1 Apr 2015, semuanya ada GST. Kalau nak tengok dengan lebih lanjut tentang senarai barang yang xde GST, boleh rujuk kat bawah:
Selain dari barang di atas, 300 unit pertama elektrik pun xde GST. Tapi kalau anda pakai lebih dari 300 unit bukan RM300 (sila semak bil elektrik anda), selebihnya akan dikenakan GST. Contohnya anda menggunakan 302 unit elektrik. 2 unit akan dikenakan GST.
Alhamdulillah bekalan air semua xde GST. Barang yang kita pasarkan ke luar Negara (export) tidak dikenakan GST. Contoh seperti tiket kapal terbang ke Bandung tidak dikenakan GST. Tetapi kalau tiket kapal terbang ke Sarawak akan dikenakan GST 6%. Tiket kapal terbang/ kapal pelayaran ke langkawi, tioman dan labuan je yang xde GST, tempat lain di Malaysia semuanya ada GST.
Tetapi kalau barang import akan dikenakan GST ketika anda istihar kan kepada kastam. Jadi kalau dah syok shopping kat Bandung ke , China ke, jangan lupa simpan duit untuk bayar cukai.
2) Barangan berkecuali = Kerajaan juga ada memperuntukkan barangan berkecuali dari GST. Contoh seperti pinjaman Bank, insurance atau takaful, pembelian rumah kediaman, perkhidmatan hospital, institusi pendidikan (termasuk pusat tusyen, taska dan tadika), pengangkutan awam (KTM, Bas dan Teksi) dan tol.
2.1 Bagi perkhidmatan Bank, tidak semua perkhidmatan dikecualikan GST. Ada yang dikenakan cukai juga seperti pengeluaran melalui MEPS (6% dari RM1), perkhidmatan nasihat, caj pengurusan pinjaman Bank, caj tahunan ATM, caj tahunan kad kredit dan caj tahunan debit card.
2.2 Bagi perkhidmatan insurance atau Takaful, hanya insurance hayat atau takaful keluarga sahaja dikecualikan dari GST. Insurance/takaful kereta, insurance/takaful kemalangan, insurance/takaful kad perubatan dan faedah-faedah lain semuanya dikenakan cukai GST 6%.
2.3 Bagi pembelian rumah kediaman, hanya pembelian rumah atas title residential sahaja tidak dikenakan GST. Sekiranya rumah tersebut di atas title commercial, GST 6% akan dikenakan. Tetapi kalau anda tinggal di apartment atau condominium, management fees anda akan dikenakan GST. Sewa rumah pun akan dikenakan GST.
2.4 Perkhidmatan hospital pula diberi pelepasan dari GST. Tapi xsemua, sekiranya doctor tersebut bukannya pekerja hospital contoh seperti specialist yang kebanyakkannya ada di hospital KPJ, GST 6% akan dikenakan di atas khidmat nasihat mereka.
2.5 Pengangkutan awam juga dikecualikan dari GST seperti teksi, LRT, MRT, KTM and bas. Tetapi baru-baru ni tambang bas dan teksi semua naik..huhu. Kononnya sebab dah lama xnaik. Pada pandangan saya, kenaikan ini mungkin ada kena-mengena dengan GST. Sebab syarikat bas dan teksi tidak boleh tuntut balik GST. Boleh rujuk di atas (Q4). Jadi mereka perlu menanggung lebihan kos 6%, jadi xpelikla kalau tambang bas dan teksi naik. Contoh seperti kos sewa bas yang tertakluk pada GST. Begitu juga dengan kos sewa teksi yang meningkat 6%.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/tambang-teksi-bas-ekspres-naik-1.370448
2.5 Pengangkutan awam juga dikecualikan dari GST seperti teksi, LRT, MRT, KTM and bas. Tetapi baru-baru ni tambang bas dan teksi semua naik..huhu. Kononnya sebab dah lama xnaik. Pada pandangan saya, kenaikan ini mungkin ada kena-mengena dengan GST. Sebab syarikat bas dan teksi tidak boleh tuntut balik GST. Boleh rujuk di atas (Q4). Jadi mereka perlu menanggung lebihan kos 6%, jadi xpelikla kalau tambang bas dan teksi naik. Contoh seperti kos sewa bas yang tertakluk pada GST. Begitu juga dengan kos sewa teksi yang meningkat 6%.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/tambang-teksi-bas-ekspres-naik-1.370448
3 Barangan di luar skop = Perkhidmatan yang di luar skop GST terdiri daripada perkhidmatan dari sektor kerajaan seperti perbaharui cukai jalan (roadtax), cukai Tanah, cukai pintu dan lain2. Perkhidmatan atau barang yang dibeli di langkawi, tioman dan Labuan juga di luar skop GST. Tetapi kalau barang tersebut di bawa masuk ke Malaysia, GST akan dikenakan.
Q6 Apa kesan GST pada rakyat?
A6 Secara menyeluruh perlaksanaan GST memberi kesan kepada rakyat. Kebanyakkan barang harian kita terlibat dalam GST. Contoh macam kad prepaid, kalau dahulu xde GST, tapi sekarang ada.Minyak Ron 97, kalau dahulu xde cukai, selepas 1 April ada cukai.
Apa lagi yek, ok annual membership kad kredit, akan dikenakan GST. Pendek kata kalau xde dalam senarai Q5 tu, memang ada cukaila. Barang pencuci pun ada, macam sabun, kain baju semua ada. huhu..
Lagi satu kalau korang suka shopping kat luar Negara, hati-hati sebab kastam akan cukai barang yang kita beli.
Tak dinafikan ada juga barang yang sepatutnya lebih murah selepas GST, contoh macam kereta, perabut, peralatan elektrik dan makanan segera seperti pizza hut. Kalau dulu cukai 10%, tapi sekarang 6%. Tetapi semua ni x menjamin sebab ada juga kos tambahan kepada syarikat2 ini. Contoh macam kos perubatan, membership fees dan lain-lain. Semua kos tambahan ini, disekat oleh kerajaan (xboleh dituntut).
Q7 Macam nak mengatasi GST
A7 Tips saya, rajin masak kat rumah sebab barang keperluan asas xde GST. Pakai minyak kereta murah Ron 95. Kalau yang suka makanan segera, xde masalah sebab dahulu pun ada cukai. Kalau yang suka bercuti dengan menaiki flight, pilih luar Negara sebab xde GST.
Q8 Syarat-syarat mereka yang boleh mengenakan GST pada kita
A8 Syarat-syarat seperti di bawah
a) Syarikat atau pertubuhan itu mesti berdaftar. Dalam tax invoice mesti ada ID no. Anda boleh rujuk dalam website ini untuk mengetahui kedai, syarikat atau mana-mana badan yang mengenakan GST pada kita.
Boleh rujuk kat sini >>
https://gst.customs.gov.my/TAP/_/#1
b) Kalau tidak daftar xboleh kenakan GST kepada kita. ingat tu.. Lepas itu syarikat itu mestilah keluarkan tax invoices. Boleh rujuk kat website ini untuk format tax invoice
http://gst.customs.gov.my/en/Pages/default.aspx
c) Barangan bercukai sahaja yang akan dikenakan cukai. Kalau kedai itu kenakan cukai pada beras, anda boleh buat aduan pada kastam dan refuse to pay to that shop.
Q9 Apa yang anda kena beli sekarang?
A9 Telefon bimbit, makanan dalam tin macam sardine, milo, kopi 3 in 1, laptop, komputer dan makanan (frozen food). Apa2 je la sebelum 1 april kecuali yang dah sedia ada cukai.
Okla itu sahaja yang saya nak kongsi. Sebarang soalan boleh Tanya kat sini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda..
No comments:
Post a Comment