Sunday, March 22, 2015

Kesan GST pada rakyat Malaysia

Assalamualaikum
 
Dalam entry kali ini, tergerak hati saya untuk berkongsi ilmu tentang GST. Ramai yang tertanya2 barang ini ada GST ke barang itu ada GST ke. Ye la iklan yang dalam tv pun cerita kebaikan je.. Okla kawan2 semua saya akan cerita kan serba sedikit tentang GST. Saya xnak bincangkan dari sudut Islam. Sebab cukai
 
Saya harap ilmu yang saya sampaikan akan memberi manfaat pada rakan-rakan semua.
 
Q1 Apakah itu GST?
A1 GST ialah cukai barang dan perkhidmatan (goods and services tax). Cukai ini akan mengantikan cukai jualan dan perkidmatan.
 
Q2 Adakah GST ini akan diberikan pelepasan cukai dan mengantikan cukai pendapatan yang sedia ada?
A2 Tidak. GST dan cukai pendapatan adalah 2 cukai yang berbeza. Cukai pendapatan masih kena bayar dan setakat ini tiada pelepasan cukai diberikan kepada pembayar cukai pendapatan.
 
Q3 Adakah cukai GST ini dikenakan secara berperingkat? Kalau macam itu banyaklah cukai yang kami kena.
A3 Secara keseluruhannya, cukai GST akan dikenakan secara berperingkat. Bermula dari pengeluar, pemborong, peruncit hinggalah ke pengguna.
 
 
 
 
 
Mengikut diagram di atas, setiap cukai yang dikenakan kepada pemborong, pembekal dan peruncit akan dikembalikan semula kepada mereka (tertakluk pada terma dan syarat). Boleh rujuk pada Q4 dan Q8. Jadi pengguna hanya bayar sekali sahaja cukai daripada peruncit sebab kos cukai yang dibayar oleh peruncit tadi boleh dituntut semula dari Kastam. Jadi peruncit tiada alasan untuk menaikkan harga disebabkan GST. 
 
Kalau tengok contoh di atas, syarikat perumahan itu akan mengenakan cukai kepada pelanggan (rakyat) dengan bayaran cukai sebanyak RM3.60. Sebelum syarikat perumahan ini bayar kepada kerajaan (RM3.60), syarikat perumahan tersebut akan tolak cukai (RM3.00) yang telah dibayar kepada pihak kontraktor. Jadi cukai yang perlu dijelaskan kepada kerajaan sebanyak RM0.60 (Duit dari pengguna tadi). 
 
Q4 Berapa jenis cukai yang ada di Malaysia?
A4 Setakat ini ada 4 jenis cukai seperti yang saya senaraikan di bawah:
a) Cukai GST berkadar 6% (Pengeluar boleh tuntut balik cukai)
b) Cukai GST berkadar 0% (Pengeluar boleh tuntut balik cukai)
c) Cukai berkecuali (0%) (Pengeluar tidak boleh tuntut balik cukai)
d) Cukai di luar skop (0%) (Pengeluar tidak boleh tuntut balik cukai)
 
 
Q5 Apakah semua barang akan dikenakan cukai?
A5 Kalau tengok tv banyak yang xde tapi betul ke kenyataan tu. Ok secara kesuluruhannya memang banyak barangan yang akan dikenakan cukai kecuali yang disebutkan di bawah:
 
1) Cukai berkadar 0% = Barang keperluan asas ialah barang yang belum diproses contoh seperti sayur, ikan segar, buah. Kalau barang yang sudah di proses semuanya ada GST kecuali (garam, gula, beras, susu tepung). Kalau tak silap, susu cair ada GST sebab senarainya tiada dalam link dibawah.
 
Contoh barang yang sudah diproses yang ada GST ialah seperti air mineral. Kalau sebelum ini air mineral xde cukai, tetapi selepas 1 Apr 2015, semuanya ada GST. Kalau nak tengok dengan lebih lanjut tentang senarai barang yang xde GST, boleh rujuk kat bawah:
 
 
Selain dari barang di atas, 300 unit pertama elektrik pun xde GST. Tapi kalau anda pakai lebih dari 300 unit bukan RM300 (sila semak bil elektrik anda), selebihnya akan dikenakan GST. Contohnya anda menggunakan 302 unit elektrik. 2 unit akan dikenakan GST.
 
Alhamdulillah bekalan air semua xde GST. Barang yang kita pasarkan ke luar Negara (export) tidak dikenakan GST. Contoh seperti tiket kapal terbang ke Bandung tidak dikenakan GST. Tetapi kalau tiket kapal terbang ke Sarawak akan dikenakan GST 6%. Tiket kapal terbang/ kapal pelayaran ke langkawi, tioman dan labuan je yang xde GST, tempat lain di Malaysia semuanya ada GST.
 
Tetapi kalau barang import akan dikenakan GST ketika anda istihar kan kepada kastam. Jadi kalau dah syok shopping kat Bandung ke , China ke, jangan lupa simpan duit untuk bayar cukai.
 
2) Barangan berkecuali = Kerajaan juga ada memperuntukkan barangan berkecuali dari GST. Contoh seperti pinjaman Bank, insurance atau takaful, pembelian rumah kediaman, perkhidmatan hospital, institusi pendidikan (termasuk pusat tusyen, taska dan tadika), pengangkutan awam (KTM, Bas dan Teksi) dan tol.
 
2.1 Bagi perkhidmatan Bank, tidak semua perkhidmatan dikecualikan GST. Ada yang dikenakan cukai juga seperti pengeluaran melalui MEPS (6% dari RM1), perkhidmatan nasihat, caj pengurusan pinjaman Bank, caj tahunan ATM, caj tahunan kad kredit dan caj tahunan debit card.
 
2.2 Bagi perkhidmatan insurance atau Takaful, hanya insurance hayat atau takaful keluarga sahaja dikecualikan dari GST. Insurance/takaful kereta, insurance/takaful kemalangan, insurance/takaful kad perubatan dan faedah-faedah lain semuanya dikenakan cukai GST 6%.
 
2.3 Bagi pembelian rumah kediaman, hanya pembelian rumah atas title residential sahaja tidak dikenakan GST. Sekiranya rumah tersebut di atas title commercial, GST 6% akan dikenakan. Tetapi kalau anda tinggal di apartment atau condominium, management fees anda akan dikenakan GST. Sewa rumah pun akan dikenakan GST.  
 
 
2.4 Perkhidmatan hospital pula diberi pelepasan dari GST. Tapi xsemua, sekiranya doctor tersebut bukannya pekerja hospital contoh seperti specialist yang kebanyakkannya ada di hospital KPJ, GST 6% akan dikenakan di atas khidmat nasihat mereka.

2.5 Pengangkutan awam juga dikecualikan dari GST seperti teksi, LRT, MRT, KTM and bas. Tetapi baru-baru ni tambang bas dan teksi semua naik..huhu. Kononnya sebab dah lama xnaik. Pada pandangan saya, kenaikan ini mungkin ada kena-mengena dengan GST. Sebab syarikat bas dan teksi tidak boleh tuntut balik GST. Boleh rujuk di atas (Q4). Jadi mereka perlu menanggung lebihan kos 6%, jadi xpelikla kalau tambang bas dan teksi naik. Contoh seperti kos sewa bas yang tertakluk pada GST. Begitu juga dengan kos sewa teksi yang meningkat 6%.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tambang-teksi-bas-ekspres-naik-1.370448

3 Barangan di luar skop = Perkhidmatan yang di luar skop GST terdiri daripada perkhidmatan dari sektor kerajaan seperti perbaharui cukai jalan (roadtax), cukai Tanah, cukai pintu dan lain2. Perkhidmatan atau barang yang dibeli di langkawi, tioman dan Labuan juga di luar skop GST. Tetapi kalau barang tersebut di bawa masuk ke Malaysia, GST akan dikenakan.

Q6 Apa kesan GST pada rakyat?
A6 Secara menyeluruh perlaksanaan GST memberi kesan kepada rakyat. Kebanyakkan barang harian kita terlibat dalam GST. Contoh macam kad prepaid, kalau dahulu xde GST, tapi sekarang ada.Minyak Ron 97, kalau dahulu xde cukai, selepas 1 April ada cukai.

Apa lagi yek, ok annual membership kad kredit, akan dikenakan GST. Pendek kata kalau xde dalam senarai Q5 tu, memang ada cukaila. Barang pencuci pun ada, macam sabun, kain baju semua ada. huhu..

Lagi satu kalau korang suka shopping kat luar Negara, hati-hati sebab kastam akan cukai barang yang kita beli.

Tak dinafikan ada juga barang yang sepatutnya lebih murah selepas GST, contoh macam kereta, perabut, peralatan elektrik dan makanan segera seperti pizza hut. Kalau dulu cukai 10%, tapi sekarang 6%. Tetapi semua ni x menjamin sebab ada juga kos tambahan kepada syarikat2 ini. Contoh macam kos perubatan, membership fees dan lain-lain. Semua kos tambahan ini, disekat oleh kerajaan (xboleh dituntut).

Q7 Macam nak mengatasi GST
A7 Tips saya, rajin masak kat rumah sebab barang keperluan asas xde GST. Pakai minyak kereta murah Ron 95. Kalau yang suka makanan segera, xde masalah sebab dahulu pun ada cukai. Kalau yang suka bercuti dengan menaiki flight, pilih luar Negara sebab xde GST.

Q8 Syarat-syarat mereka yang boleh mengenakan GST pada kita
A8 Syarat-syarat seperti di bawah

a) Syarikat atau pertubuhan itu mesti berdaftar. Dalam tax invoice mesti ada ID no. Anda boleh rujuk dalam website ini untuk mengetahui kedai, syarikat atau mana-mana badan yang mengenakan GST pada kita.
Boleh rujuk kat sini >>

https://gst.customs.gov.my/TAP/_/#1




b) Kalau tidak daftar xboleh kenakan GST kepada kita. ingat tu.. Lepas itu syarikat itu mestilah keluarkan tax invoices. Boleh rujuk kat website ini untuk format tax invoice

http://gst.customs.gov.my/en/Pages/default.aspx

c) Barangan bercukai sahaja yang akan dikenakan cukai. Kalau kedai itu kenakan cukai pada beras, anda boleh buat aduan pada kastam dan refuse to pay to that shop.

Q9 Apa yang anda kena beli sekarang?
A9 Telefon bimbit, makanan dalam tin macam sardine, milo, kopi 3 in 1, laptop, komputer dan makanan (frozen food). Apa2 je la sebelum 1 april kecuali yang dah sedia ada cukai.


Okla itu sahaja yang saya nak kongsi. Sebarang soalan boleh Tanya kat sini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda..

Wednesday, August 13, 2014

MH 17 dan Perlindungan takaful keluarga

Assalamualaikum,

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa MH 17 iaitu 4 bulan selepas kehilangan MH370.

Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah kematian itu pasti, cuma kita tak tahu bila dan di mana. Mungkin di lautan hindi, di dalam sungai Amazon atau mungkin di dalam Gunung Senyum. Siapa pun xtahu yang dia hidup ke tidak esok hari. 

Rasulullah S.A.W sering mengingatkan kita dengan sabdanya ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:


1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua.
3. Kaya sebelum miskin.
4. Lapang sebelum sempit.
5. Hidup sebelum mati.

Apakah kaitan hadis ini dengan konsep perlindungan takaful.

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua.
3. Kaya sebelum miskin.
4. Lapang sebelum sempit.
Hadis ini di tujukan untuk kita perbanyakkan ibadat kepada Allah. Namun selain daripada itu, kita juga perlu sentiasa beringat. 

Ramai yang memandang perlindungan takaful ini xpenting dalam hidup mereka. Masa sihat kita xpernah pun terfikir perlunya kad perubatan. 

Pernahkah kita terfikir, sekiranya berlaku kecemasan di mana kita, pasangan atau anak kita, jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, bagaimana anda menguruskan kecemasan itu? Apakah persediaan yang sudah anda lakukan? 

Saya ada satu cerita tentang apa yang terjadi pada rakan karib saya. Baru2 ni dia terlibat kemalangan jalan raya di Jalan Raub Bentong Pahang. Kakinya disahkan patah dan memerlukan pembedahan segera. Di sebabkan beliau tidak memiliki kad perubatan, beliau terpaksa menunggu hampir 2 minggu untuk pembedahan memasukkan besi.. Bayangkan betapa seksanya menunggu 2 minggu. Tapi nak wat macam mana nak masuk hospital swasta mahal. Kos melebihi RM10,000. Nak cari duit kat mana. Sengsaranya hanya tuhan sahaja yang tahu. 

Dalam kehidupan sekarang, dengan kualiti udara dan air yang kotor, barang makanan & minuman yang penuh dengan bahan pengawet, sistem penternakan & perladangan yang penuh dengan penggunaan bahan kimia, tabiat buruk seperti merokok, tidak bersenam serta cara pemakanan yang tidak sihat dan berlemak, tidak hairanlah ramai orang mudah jatuh sakit hari ini, tak kira tua atau muda!

Saya ada satu cerita mengenai kejadian yang menimpa anak kepada sepupu saya, x sampai setahun dia dilahirkan beliau menghidap kanser usus. Nasib baik dia baru (6 bulan) ambil kad perubatan untuk anak dia. Kalau x melayang RM15,000. 

Petikan dari sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/perlu-wang-untuk-bedah-anak-1.289303

Sekiranya anda ingin mengetahui samada anda patut memiliki kad perubatan atau sebaliknya, sila fahami dan hayati kenyataan di bawah untuk memastikan keperluan anda untuk memiliki .


1. Jika saya masuk hospital, mampukah saya membayar bil hospital. Saya mungkin dapat mengelak hutang kereta,rumah, kad kredit, etc..tetapi jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, saya tiada pilihan, saya perlu menyediakannya serta merta.
Kad perubatan akan membantu anda serta merta dan anda tidak perlu lagi risau tentang kos rawatan dan perubatan.

2. Jika saya masih bekerja, syarikat akan membayar kos perubatan saya dengan insuran/ takaful perubatan berkelompok. Bayangkan jika saya dah pencen selepas umur 55 tahun. Bermula umur 56 tahunlah saya akan sakit dan syarikat tidak lagi akan membayar kos perubatan saya. Jika saya tunggu sehingga umur 56 tahun baru saya nak memiliki kad perubatan (Medical card), saya bernasib baik jika saya masih sihat. Sekalipun saya masih sihat, saya perlu membayar premium yang sangat tinggi untuk memiliki kad perubatan.
3. Saya tidak tahu bila saya akan sakit dan semua orang tidak mahu sakit. Tetapi, kenapa ramai orang di hospital? Mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan saya mungkin salah seorang daripadanya suatu hari nanti.

Pasti anda sudah ketemui jawapan samada anda perlukan kap perubatan atau sebaliknya. Adakah benar-benar perlukan kad perubatan setelah menjawab persoalan di atas?
Manusia tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, samada nasibnya baik ataupun kurang baik semuanya tidak dapat dijangkau oleh akal manusia. oleh kerana itulah kita sering dikejutkan dengan berita kematian disebabkan kemalangan dan penyakit.

Sakit itu pasti, risiko ‘accident’ juga mungkin. Tetapi persoalannya adakah kita akan menyusahkan orang lain jika sekiranya kita sendiri terkena perkara tersebut?
 
**kos rawatan dianggarkan mengikut tahap kronik pesakit tersebut 
 
Kanser Payudara = Kos RM10,000 – RM140,000
Kanser Rahim = Kos RM10,000 – RM140,000
Serangan Jantung = Kos RM10,000 – RM50,000
Strok = Kos RM7000 – RM15,000
Katarak = Kos RM3,000 – RM5,000
Demam Denggi = Kos RM3,000 -RM8,000
Diabetes = Kos RM2,500 – RM5,000 / tahun
Tekanan Darah Tinggi = Kos RM2,000 – RM5,000 / tahun
Pintasan Jantung = Kos RM30,000 – RM50,000
Pembedahan Jantung Terbuka = Kos RM50,000 – RM80,000
Pemindahan Jantung = Kos RM50,000 – RM140,000
Kanser = Kos RM3,000 – RM400,000
Homodialisis = Kos RM1,200 /rawatan
Kemoterapi = Kos RM1,200 /rawatan
Radioterapi = Kos RM1,200 /rawatan
Kita harus bersyukur dengan kesihatan yang dikecapi sekarang. jangan kerana salah diri sendiri menjadi punca badan kita memberi ruang kepada penyakit-penyakit menghuni tubuh kita. jangan tunggu nikmat itu hilang baru nak hargai bak kata orang "sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”.
Namun begitu, kita sebagai manusia hanya mampu menjaga dan mengawal, yang menentukan segalanya adalah pencipta segala sesuatu. dia lah yang beri sihat dia juga yang beri sakit. oleh itu disamping kita menjaga kesihatan diri, kita juga perlu buat persediaan rapi untuk risiko yang berkemungkinan menimpa diri kita. oleh kerana kos perubatan sekarang begitu tinggi dan mahal, maka "Kad Medical" bukan lagi merupakan satu keperluan semata-mata tetapi lebih kepada persediaan untuk kewangan kita tatkala memerlukan dan paling kurang kita tidak menyusahkan orang lain terutamanya keluarga sendiri untuk membayar kos rawatan yang tinggi.
Ingat semua, kita tidak minta untuk sakit dan tidak minta untuk ditimpa kemalangan…tetapi kita harus ingat bahawa ‘malang tidak berbau’ dan tidak mengenali sesiapapun. sekali malang menimpa, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia.
Jangan disebabkan hutang perubatan, kita terpaksa mengadai rumah, kereta dan lain2 untuk membayar kos perubatan yang semakin meningkat.
5. Hidup sebelum mati.
Cuba tanya pada diri sendiri, agak2 kalau aku lumpuh atau mati sekarang ada x duit simpanan yang secukupnya yang kita tinggalkan untuk keluarga. Kadang2 kita tidak sedar yang kita masih belum selesaikan hutang dengan kawan2, Bank dan lain2. Ramai dikalangan kita memandang remeh perkara ini. Alasan yang diberi wang tidak mencukupi. Kadang2 kita tidak sedar yang kita banyak gunakan wang untuk perkara yang sepatutnya. Contohnya gaji RM3,000 dah beli kereta mahal. Mengikut pengalaman saya, maksimum bayaran bulanan untuk kereta hanya 15% dari gaji bulanan kita. Kalau RM3,000, carilah kereta yang bayaran ansuran cuma RM450 sebulan.
Perlindungan takaful amat penting bagi memastikan keluarga kita tidak terbeban dengan hutang yang kita tinggalkan. Di samping itu juga, duit tersebut boleh membantu menyelesaikan perbelanjaan harian anak2 kita. Walaupun isteri kita bekerja, namun bebanan yang ditanggung bertambah. Saya cadangkan minimum jumlah perlindungan mestilah bersamaan dengan pendapatan selama 1 tahun kita bekerja. 























Monday, March 31, 2014

Medical card (Stand Alone vs 3 in 1)


Early Critical Illness (ECI) - Takaful Penyakit Kritikal Komprehensif

1) Early Criticall Illness (ECI) adalah pelan perlindungan penyakit kritikal komprehensif dari AIA AFG Takaful. 

2) ECI memberi pampasan/bayaran awal apabila disahkan mengidap penyakit kritikal walaupun di peringkat Awal

Untuk pengetahuan anda, Perlindungan penyakit kritikal standard hanya memberi pampasan apabila pemegang polisi mengidap penyakit kritikal peringkat serius/parah (peringkat ketiga). 
 
Manakala ECI pula adalah pelan penyakit kritikal terbaru dengan perlindungan di peringkat awal penyakit kritikal

maksudnya jika disahkan mengidap penyakit kritikal, walaupun diperingkat awal, AIA AFG Takaful akan membayar pampasan kepada pemegang polisi.






Pemegang polisi ECI boleh membuat tuntutan penyakit kritikal mengikut tahap "severity" penyakit. Maksudnya boleh claim lebih dari sekali.






Sunday, March 30, 2014

A-Mas (Pelan pelaburan (Investment link), perubatan (medical card) dan perlindungan(life))

Assalamualaikum,


Bagi memastikan pulangan pelaburan/simpanan yang lebih kompetatif, AIA AFG TAKAFUL BERHAD membuka peluang kepada orang ramai untuk menyimpan & melabur di dalam beberapa pelan yang disediakan. Pelan-pelan ini merupakan Pelan Takaful Keluarga yang dirangka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.