Wednesday, August 13, 2014

MH 17 dan Perlindungan takaful keluarga

Assalamualaikum,

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa MH 17 iaitu 4 bulan selepas kehilangan MH370.

Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah kematian itu pasti, cuma kita tak tahu bila dan di mana. Mungkin di lautan hindi, di dalam sungai Amazon atau mungkin di dalam Gunung Senyum. Siapa pun xtahu yang dia hidup ke tidak esok hari. 

Rasulullah S.A.W sering mengingatkan kita dengan sabdanya ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:


1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua.
3. Kaya sebelum miskin.
4. Lapang sebelum sempit.
5. Hidup sebelum mati.

Apakah kaitan hadis ini dengan konsep perlindungan takaful.

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua.
3. Kaya sebelum miskin.
4. Lapang sebelum sempit.
Hadis ini di tujukan untuk kita perbanyakkan ibadat kepada Allah. Namun selain daripada itu, kita juga perlu sentiasa beringat. 

Ramai yang memandang perlindungan takaful ini xpenting dalam hidup mereka. Masa sihat kita xpernah pun terfikir perlunya kad perubatan. 

Pernahkah kita terfikir, sekiranya berlaku kecemasan di mana kita, pasangan atau anak kita, jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, bagaimana anda menguruskan kecemasan itu? Apakah persediaan yang sudah anda lakukan? 

Saya ada satu cerita tentang apa yang terjadi pada rakan karib saya. Baru2 ni dia terlibat kemalangan jalan raya di Jalan Raub Bentong Pahang. Kakinya disahkan patah dan memerlukan pembedahan segera. Di sebabkan beliau tidak memiliki kad perubatan, beliau terpaksa menunggu hampir 2 minggu untuk pembedahan memasukkan besi.. Bayangkan betapa seksanya menunggu 2 minggu. Tapi nak wat macam mana nak masuk hospital swasta mahal. Kos melebihi RM10,000. Nak cari duit kat mana. Sengsaranya hanya tuhan sahaja yang tahu. 

Dalam kehidupan sekarang, dengan kualiti udara dan air yang kotor, barang makanan & minuman yang penuh dengan bahan pengawet, sistem penternakan & perladangan yang penuh dengan penggunaan bahan kimia, tabiat buruk seperti merokok, tidak bersenam serta cara pemakanan yang tidak sihat dan berlemak, tidak hairanlah ramai orang mudah jatuh sakit hari ini, tak kira tua atau muda!

Saya ada satu cerita mengenai kejadian yang menimpa anak kepada sepupu saya, x sampai setahun dia dilahirkan beliau menghidap kanser usus. Nasib baik dia baru (6 bulan) ambil kad perubatan untuk anak dia. Kalau x melayang RM15,000. 

Petikan dari sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/perlu-wang-untuk-bedah-anak-1.289303

Sekiranya anda ingin mengetahui samada anda patut memiliki kad perubatan atau sebaliknya, sila fahami dan hayati kenyataan di bawah untuk memastikan keperluan anda untuk memiliki .


1. Jika saya masuk hospital, mampukah saya membayar bil hospital. Saya mungkin dapat mengelak hutang kereta,rumah, kad kredit, etc..tetapi jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, saya tiada pilihan, saya perlu menyediakannya serta merta.
Kad perubatan akan membantu anda serta merta dan anda tidak perlu lagi risau tentang kos rawatan dan perubatan.

2. Jika saya masih bekerja, syarikat akan membayar kos perubatan saya dengan insuran/ takaful perubatan berkelompok. Bayangkan jika saya dah pencen selepas umur 55 tahun. Bermula umur 56 tahunlah saya akan sakit dan syarikat tidak lagi akan membayar kos perubatan saya. Jika saya tunggu sehingga umur 56 tahun baru saya nak memiliki kad perubatan (Medical card), saya bernasib baik jika saya masih sihat. Sekalipun saya masih sihat, saya perlu membayar premium yang sangat tinggi untuk memiliki kad perubatan.
3. Saya tidak tahu bila saya akan sakit dan semua orang tidak mahu sakit. Tetapi, kenapa ramai orang di hospital? Mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan saya mungkin salah seorang daripadanya suatu hari nanti.

Pasti anda sudah ketemui jawapan samada anda perlukan kap perubatan atau sebaliknya. Adakah benar-benar perlukan kad perubatan setelah menjawab persoalan di atas?
Manusia tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, samada nasibnya baik ataupun kurang baik semuanya tidak dapat dijangkau oleh akal manusia. oleh kerana itulah kita sering dikejutkan dengan berita kematian disebabkan kemalangan dan penyakit.

Sakit itu pasti, risiko ‘accident’ juga mungkin. Tetapi persoalannya adakah kita akan menyusahkan orang lain jika sekiranya kita sendiri terkena perkara tersebut?
 
**kos rawatan dianggarkan mengikut tahap kronik pesakit tersebut 
 
Kanser Payudara = Kos RM10,000 – RM140,000
Kanser Rahim = Kos RM10,000 – RM140,000
Serangan Jantung = Kos RM10,000 – RM50,000
Strok = Kos RM7000 – RM15,000
Katarak = Kos RM3,000 – RM5,000
Demam Denggi = Kos RM3,000 -RM8,000
Diabetes = Kos RM2,500 – RM5,000 / tahun
Tekanan Darah Tinggi = Kos RM2,000 – RM5,000 / tahun
Pintasan Jantung = Kos RM30,000 – RM50,000
Pembedahan Jantung Terbuka = Kos RM50,000 – RM80,000
Pemindahan Jantung = Kos RM50,000 – RM140,000
Kanser = Kos RM3,000 – RM400,000
Homodialisis = Kos RM1,200 /rawatan
Kemoterapi = Kos RM1,200 /rawatan
Radioterapi = Kos RM1,200 /rawatan
Kita harus bersyukur dengan kesihatan yang dikecapi sekarang. jangan kerana salah diri sendiri menjadi punca badan kita memberi ruang kepada penyakit-penyakit menghuni tubuh kita. jangan tunggu nikmat itu hilang baru nak hargai bak kata orang "sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”.
Namun begitu, kita sebagai manusia hanya mampu menjaga dan mengawal, yang menentukan segalanya adalah pencipta segala sesuatu. dia lah yang beri sihat dia juga yang beri sakit. oleh itu disamping kita menjaga kesihatan diri, kita juga perlu buat persediaan rapi untuk risiko yang berkemungkinan menimpa diri kita. oleh kerana kos perubatan sekarang begitu tinggi dan mahal, maka "Kad Medical" bukan lagi merupakan satu keperluan semata-mata tetapi lebih kepada persediaan untuk kewangan kita tatkala memerlukan dan paling kurang kita tidak menyusahkan orang lain terutamanya keluarga sendiri untuk membayar kos rawatan yang tinggi.
Ingat semua, kita tidak minta untuk sakit dan tidak minta untuk ditimpa kemalangan…tetapi kita harus ingat bahawa ‘malang tidak berbau’ dan tidak mengenali sesiapapun. sekali malang menimpa, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia.
Jangan disebabkan hutang perubatan, kita terpaksa mengadai rumah, kereta dan lain2 untuk membayar kos perubatan yang semakin meningkat.
5. Hidup sebelum mati.
Cuba tanya pada diri sendiri, agak2 kalau aku lumpuh atau mati sekarang ada x duit simpanan yang secukupnya yang kita tinggalkan untuk keluarga. Kadang2 kita tidak sedar yang kita masih belum selesaikan hutang dengan kawan2, Bank dan lain2. Ramai dikalangan kita memandang remeh perkara ini. Alasan yang diberi wang tidak mencukupi. Kadang2 kita tidak sedar yang kita banyak gunakan wang untuk perkara yang sepatutnya. Contohnya gaji RM3,000 dah beli kereta mahal. Mengikut pengalaman saya, maksimum bayaran bulanan untuk kereta hanya 15% dari gaji bulanan kita. Kalau RM3,000, carilah kereta yang bayaran ansuran cuma RM450 sebulan.
Perlindungan takaful amat penting bagi memastikan keluarga kita tidak terbeban dengan hutang yang kita tinggalkan. Di samping itu juga, duit tersebut boleh membantu menyelesaikan perbelanjaan harian anak2 kita. Walaupun isteri kita bekerja, namun bebanan yang ditanggung bertambah. Saya cadangkan minimum jumlah perlindungan mestilah bersamaan dengan pendapatan selama 1 tahun kita bekerja. 























Monday, March 31, 2014

Medical card (Stand Alone vs 3 in 1)


Early Critical Illness (ECI) - Takaful Penyakit Kritikal Komprehensif

1) Early Criticall Illness (ECI) adalah pelan perlindungan penyakit kritikal komprehensif dari AIA AFG Takaful. 

2) ECI memberi pampasan/bayaran awal apabila disahkan mengidap penyakit kritikal walaupun di peringkat Awal

Untuk pengetahuan anda, Perlindungan penyakit kritikal standard hanya memberi pampasan apabila pemegang polisi mengidap penyakit kritikal peringkat serius/parah (peringkat ketiga). 
 
Manakala ECI pula adalah pelan penyakit kritikal terbaru dengan perlindungan di peringkat awal penyakit kritikal

maksudnya jika disahkan mengidap penyakit kritikal, walaupun diperingkat awal, AIA AFG Takaful akan membayar pampasan kepada pemegang polisi.






Pemegang polisi ECI boleh membuat tuntutan penyakit kritikal mengikut tahap "severity" penyakit. Maksudnya boleh claim lebih dari sekali.






Sunday, March 30, 2014

A-Mas (Pelan pelaburan (Investment link), perubatan (medical card) dan perlindungan(life))

Assalamualaikum,


Bagi memastikan pulangan pelaburan/simpanan yang lebih kompetatif, AIA AFG TAKAFUL BERHAD membuka peluang kepada orang ramai untuk menyimpan & melabur di dalam beberapa pelan yang disediakan. Pelan-pelan ini merupakan Pelan Takaful Keluarga yang dirangka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.





Friday, March 28, 2014

Pelan majikan Small Medium Industry (SMI)


Sebagai majikan, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk menjaga kebajikan pekerja. AIA Public Takaful telah mengenalkan Pelan Perubatan SMI (Small Medium Industry) khas untuk majikan yang mempunyai pekerja 5 - 100 orang pekerja.


Pilihan: Majikan juga boleh mencarum pekerja dan keluarga dengan pelan yang berpatutan. Terdapat manfaat-manfaat lain berkaitan dengan Pelan SMT ini seperti berikut:






Dan AIA Public Takaful membawa sekali benefit sama seperti pelan personal takaful iaitu pelan yang cover :

1) Staff Sahaja
2) Staff + Pasangan
3) Staff + Anak-anak (UNLIMITED)
4) Staff + Keluarga. (Anak-anak UNLIMITED)


Selain Hospital Medical Plan Ada juga ditawarkan pelan :

1) Group Clinic Benefit (Untuk Outpatient di klinik2 dan specialist)
2) Group Term Takaful ( Untuk Life, TPD dan 36 Critical Illness)


Dengan caruman serendah RM569.70 setahun (RM47.48 sebulan), Pekerja anda layak menerima rawatan perubatan sebanyak RM10,000 setiap tahun di klinik panel AIA Public Takaful sebagai pesakit luar atau kemasukan hospital pakar (rujukan dari klinik panel). Senarai panel hospital  boleh rujuk di >> http://www.mssaaia.blogspot.com/2014/03/panel-hospital-aia.html 




Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya:
Telefon: 016-2124215/ 012-2424215
emailkan: sitiaishahaia@gmail.com


















Medical card - Standalone (kad perubatan A- medik)

Terdapat 5 pilihan pelan A-Medik yang ditawarkan.

Bermula dari harga Bilik RM150 hingga maksimum Bilik RM350.

5 Pilihan pelan yang ditawarkan adalah seperti berikut :




Setiap Pelan mempunyai manfaat yang berbeza, contohnya, had tahunan (annual limit) yang berbeza. Yang menariknya, Medical Card AIA AFG Takaful adalah "UNLIMITED LIFETIME LIMIT".

Kesemua pelan TIDAK TERTAKLUK kepada "Had Seumur Hidup", hanya had tahunan yang digunakan. Berikut adalah pilihan pelan A-medik:


A-Medik- Memberikan ANDA perlindungan PERUBATAN yang lengkap

Faedah-faedah perubatan dan kemasukan hospital
Anda boleh memilih salah satu daripada lima pelan mampu milik dalam produk A-Medik di atas iaitu, AM150, AM200, AM250, AM300 dan AM350. Setiap pelan menawarkan perlindungan perubatan dan kemasukan hospital seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Faedah di bawah: 






Pakej plan takaful keluarga (umur 16 - 35 tahun) hanya serendah RM230:

Kelebihan medical card AIA:

Senarai panel hospital  boleh rujuk di >> http://www.mssaaia.blogspot.com/2014/03/panel-hospital-aia.html

Sekiranya anda berminat boleh hubungi:
Siti Aishah/ Shukri
0162124215
sitiaishahaia@gmail.com.